KADAR HUJAN
Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan
ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu.
Dan Yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu)
lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati .. (Surah Zukhruf : 11)
Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu
anggaran yang telah dibuat yaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta
ton air menguap dari permukaan bumi. Jumlah air yang menguap dalam setahun
lebih kurang 513 juta ton. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang
turun ke bumi dalam setahun. Ini berarti air secara berterusan dikisarkan
dalam satu kisaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi
bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi
yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan
kisaran ini secara tiruan.
Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan
kerancuan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia.
Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam
kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.
FORMASI HUJAN
Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa
lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah proses
pembentukan hujan dapat di ketahui.
Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 proses.
Pertama,
bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan
pun terbentuk dan akhirnya tetesan hujan pun timbul.
Penilaian Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada
proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut.
"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan
awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya,
dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari
celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya
menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)
Zarah-zarah yang mengelilingi tetesan garam dan zarah-zarah habuk semakin
menebal dan membentuk tetesan hujan, jadi, tetesan yang menjadi lebih
berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur
ke bumi sebagai hujan.
Sepertimana yang kita lihat, setiap proses dalam pembentukan hujan
adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua
proses ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama
seperti fenomena semula jadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan
penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini.
Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;
"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian
mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih,
maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga
menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung
maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya
siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan
penglihatan. (Surah An-Nur: 43)
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan
yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan
awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringkat yang amat jelas.
Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti
berikut.
Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu
digerakkan dengan tiupan angin.
Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil
(awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk
gumpalan yang lebih besar. 94)
0 Komentar